Wednesday, March 30, 2011

                                                    

Brand
Brand yang paling popular adalah Yonex, namun ada banyak lagi brand yang boleh digunakan seperti Li-Ning, Victor, Wilson, Apacs dan ProAce. Yonex dan Lining antara raket yang paling mahal.
Spesifikasi Raket
  1. Fleksibiliti Raket : Extra Stiff (kaku), Stiff, Medium, Extra Flexible dan Flexible.
  2. Berat Raket : 2U (90-94g) ; 3U (85-89g) ; 4U (80-84g)
  3. Ukuran Grip : G2 (4″) , G3(3.75″), G4(3.5″), G5(3.35″). Semakin besar angkanya ukuran grip semakin kecil.
  4. Titik Keseimbangan (Dari Ujung Grip) : 270-280 : Head Light (Defensive), 275-285 : Neutral (All Round), 285-295 ; Head Heavy (Offensive) 295-300 Extra Head Heavy (Offensive)
  5. Bentuk Raket : Conventional ( Oval Biasa ) dan Isometric ( Oval dengan bahagian atas mendatar)
  6. Panjang Total : 26 ” Standard dan 26.5″ Long
  7. Bahan Raket : Alumunium, Modulus Graphite, Super Hi Modulus Graphite, Ultra Hi Modulus Graphite, Nano Carbon, Woven Kevlar, Titanium Composite, Ultra Titanium, G Force Ti, Ultimum Ti.
Gaya permainan
  1. Untuk gaya menyerang atau jenis kuat smash, raket dipilih yang agak berat iaitu jenis 3U atau 2U dengan titik keseimbangan 285-300(head heavy) dan fleksibiliti raket Extra Stiff atau Stiff.
  2. Untuk gaya bertahan dan control boleh di pakai raket yg tidak begitu berat iaitu jenis 4U atau 3U dengan titik keseimbangan head light(270-285) dan fleksibiliti raket medium atau Flexibel .
  3. Untuk Type Balance yang seimbang antara bertahan dan menyerang boleh pilih Raket jenis 3U, Titik keseimbangan 275-285 dan Fleksibilti Medium Flex.
Lebih baik, tanya penjual dahulu sebelum membeli kerana dia pasti boleh memberikan anda sesuatu yang anda tidak tahu. Aku rasa nak beli raket yonex yang murah saja kot.


Kredit: http://www.amirulez.com/2011/01/tips-memilih-raket-badminton#ixzz1I59UHnXp

No comments:

Post a Comment