IPOH: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta menimbang semula kemasukan pemain import demi merancakkan semula Liga Super yang kian suram, kata bekas naib presidennya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Beliau berkata, kehadiran pemain asing dapat menarik minat penonton untuk kembali semula ke stadium bagi menyaksikan perlawanan liga itu.
Selain itu, katanya, sebagai liga profesional, kehadiran pemain import dalam setiap pasukan Liga Super dapat mewujudkan semangat bersaing serta memberi pendedahan kepada pemain tempatan.
“Pengurusan pasukan perlu memikirkan kaedah terbaik untuk mendapatkan khidmat pemain import…jangan tersilap berurusan dengan ejen yang akhirnya menyebabkan pasukan menanggung kerugian,” katanya di sini, hari ini.

Raja Ahmad Zainuddin berkata, gaji pemain import perlu diselaraskan dan pengurusan pasukan perlu memastikan gaji mereka dibayar tanpa sebarang penangguhan.
Pada Ogos 2008, FAM mengambil tindakan drastik dengan mengumumkan bahawa khidmat pemain import tidak lagi dibenarkan dalam saingan Liga Malaysia musim 2009.
Apa pandangan anda?kongsikan dibawah.
No comments:
Post a Comment